AMANAT TUAN PENGETUA

AMANAT PENGETUA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته دان سلام سجهترا…
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام علي اسرف المرسلين وعلي اله وصحبه اجمعين…

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas limpahan dan rahmatNya dapat kita bersama-sama lagi melangkah dan berada di SMKA Segamat untuk meneruskan perjuangan yang mulia ini pada penggal persekolahan tahun 2016. Selamat kembali bertugas semula ke sekolah, semoga semangat serta iltizam kita semakin bertambah untuk bersama-sama membawa sekolah ini terus ke era kegemilangan. Saya juga amat berharap agar rakan-rakan guru dan staf sekolah ini dapat terus mengekalkan kebanggaan sebagai sebahagian daripada warga SEMANGAT dan terus berasa seronok bertugas di sekolah ini. Pelbagai kejayaan dan kecemerlangan yang diperolehi dalam tahun 2015 adalah hasil sokongan, kerjasama, komitmen serta sumbangan gigih saudara/saudari dan amatlah diharapkan agar dapat diteruskan lagi pada tahun 2016 ini. Sebagai salah sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan di daerah ini yang telah memasuki tahun yang ke-3 pada tahun ini, pastinya kita akan terus melipatgandakan lagi usaha untuk menyempurnakan Visi sekolah “Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera” yang memerlukan sokongan padu semua pihak, disamping melakukan penambahbaikan atau tambah nilai dalam semua aspek agar menjadi sebuah sekolah yang “Terbaik Dalam Kalangan Yang Terbaik” di daerah ini khususnya dan negeri Johor amnya. Antara cabaran yang sama-sama kita perlu dihadapi pada tahun 2016 ini adalah seperti berikut:

Pembinaan Personaliti Diri Murid (Character Building) melalui SUMUR
1. Mengutamakan aspek Berbudi bahasa
2. Mengutamakan aspek Mutadayyin
3. Mengutamakan aspek Penampilan diri
4. Mengutamakan aspek Jatidiri

Kualiti Kecemerlangan Akademik
1. Lonjakan GPMP dan GPS sekolah pada semua peperiksaan berbanding TOV ke arah ETR
2. Sifar Gred F dalam PAT dan PT3 bagi Menengah Rendah
3. Peningkatan GPS dan Bilangan Cemerlang SPM
4. Peningkatan PNGK dalam STPM @ Pra Universiti

Kualiti Kecemerlangan Kokurikulum
1. Peningkatan kecemerlangan kokurikulum
2. Peningkatan Pencapaian tertinggi
a. Peringkat Antarabangsa
b. Peringkat Kebangsaan
c. Peringkat Negeri
d. Peringkat Daerah

Kesediaan melaksanakan Dasar-Dasar KPM dan Kerajaan
1. Gelombang ke-2 PPPM (2016-2020)
2. Pelaksanaan Pendidikan Abad ke 21

Kesediaan melaksanakan Dasar-Dasar Sekolah
1. Dasar Akademik (Semua murid mesti fokus akademik)
2. Dasar HEM (Sifar Buli: Ikrar Anti Buli, 2R: Respect, Responsibility)
3. Dasar KOKO (Syarat Asas Keahlian dan Mewakil Sekolah)

SEMANGAT Boleh…
1. Ambil Tanggung jawab
2. Beri nilai tambah
3. Cipta sejarah
4. Dipikul bersama (kerja sepasukan)
5. Elakkan perselisihan/perbalahan/hasad (mazmumah diri)

Harapan…
1. Kerja sebagai IBADAH
2. Ganjaran pahala ALLAH
3. Rahmat Allah berlimpah RUAH
4. Kecemerlangan murid TERSERLAH
5. Kejayaan dikongsi SEKOLAH
6. SMKAS rebutan ibu AYAH
7. Bukan sekadar akademik malah SAHSIAH
8. Harapan bertukar NATIJAH

Marilah kita bersama-sama menyahut cabaran- cabaran ini dengan penuh tanggungjawab, jujur, ikhlas dan bergerak sebagai satu pasukan yang hebat dan mantap serta bersedia untuk saling bantu membantu antara satu sama lain. Jadikanlah profesyen kita ini satu profesyen yang menarik dan seronok, mudah-mudahan ganjaran bulanan yang kita perolehi itu dihalalkan oleh Allah SWT. Marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa agar tahun 2016 ini, menjadikan SEMANGAT untuk terus gemilang dan menjadi salah sebuah institusi pilihan ramai untuk menuntut ilmu demi kejayaan duniawi dan kejayaan ukhrawi.

Sekian, terima kasih.

UST. MOHD FAUZAN BIN MOHAMED MOKHTAR
PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SEGAMAT (SEMANGAT)

AMANAT PENGETUA 2