• LENCANA SEKOLAH

SMKA Segamat

LENCANA SEKOLAH

Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat telah direka oleh seorang pensyarah dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Ia dicipta pada tahun 1989 berikutan dengan pembukaan sekolah ini.

Lencana ini mempunyai reka bentuk yang bercirikan Islam sesuai dengan nama sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat.

Bentuk kubah berwarna merah hati melambangkan ciri-ciri Islam dan keberanian.

Di tengah kubah terdapat lambang buku menunjukkan peranan penting buku dalam usaha mencari ilmu pengetahuan.

Perkataan ‘Iqra’ bermaksud bacalah merupakan wahyu pertama diturunkan adalah menunjukkan bahawa aktiviti membaca sangat penting untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat. Ditulis menggunakan Bahasa Arab menunjukkan Bahasa Arab merupakan mata pelajaran utama di sekolah ini.

Bentuk keris melambangkan warga sekolah akan mendaulatkan ketuanan Melayu.

Bentuk bintang berwarna hijau diselangi dengan warna putih melambangkan perpaduan dan kerjasama erat antara semua warga sekolah.

Moto sekolah ialah Ilmu, Iman dan Amal ditulis dalam tulisan jawi menunjukkan sekolah mendaulatkan tulisan jawi. Ilmu bermaksud semua guru dan murid akan sentiasa mencari ilmu. Semua guru dan murid beriman kepada Allah S.W.T dan akan mengamalkan semua ilmu yang diterima untuk kebaikan kepada agama, bangsa dan negara.

  • LAGU SEKOLAH
LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH

Dengan kesucian lafaz bismillah
Kami buka lembaran kalimah
Tanda tinggi keagungan Allah
Kami pewaris Negara Malaysia

Kami bertekad kami berazam
Prinsip di dada harus dicapai
Teguh bersatu berganding tenaga
Kami berusaha menjejak jaya

Ilmu Iman serta Amal
Nadi penggerak kekuatan minda
Disiplin tinggi maruah terbela
Hiasi peribadi sepanjang masa

Maju S.M.K.A.S maju ke depan
Sebaris bersama sekolah cemerlang
Keringat guru tidak terbilang
Membimbing kami ke era gemilang

Maju S.M.K.A.S maju ke depan
Lahirkan generasi penjaya wawasan
Namamu kan harum di mata taulan
Terus mekar sepanjang zaman