PERATURAN SEKOLAH

  • 1. DISIPLIN
  • 2. ETIKA MURID
  • 3. PENGUATKUASA
  • 4. KUASA MENGHUKUM

Definisi Disiplin

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Murid Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai:

“…..kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat menghormati antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.”

Matlamat Disiplin

Disiplin akan menjadikan seorang murid itu sebagai manusia yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya pada masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan individu-individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan.

Prinsip – prinsip Disiplin

keadilan dan layanan sama rata
pertimbangan minat dan keperluan murid
kebebasan – tertakluk kepada undang-undang
amalan menghormati seseorang individu
perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan harmonis
perpaduan masyarakat dan Negara

Tanggungjawab murid terhadap diri sendiri
Menjaga kebersihan diri termasuklah kebersihan fizikal dan mental.
Bersopan santun, jujur dan amanah.
Menghargai masa dan menepati masa
Berjimat cermat dan sederhana
Sabar dan bertolak ansur
Berani, cekal hati dan dedikasi
Bersifat berdikari, rajin dan berusaha

Tanggungjawab murid terhadap keluarga
Menghormati orang-orang tua dan ibu bapa
Memupuk hubungan yang baik antara keluarga
Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga.

Tanggungjawab murid terhadap rakan
Menghormati rakan
Tolong menolong antara rakan

Tanggungjawab murid terhadap sekolah
Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan sekolah
Menaikkan imej sekolah
Menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan di sekolah

Tanggungjawab murid terhadap Masyarakat
Tolong menolong dan bekerjasama
Menghormati orang-orang yang lebih tua
Menghormati agama, pantang larang dan adat resam suku bangsa lain
Bersifat sederhana dan tidak sombong
Rasa kesefahaman dan sabar
Melibatkan diri terhadap kerja-kerja kebajikan
Bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan bukan manusia

Tanggungjawab murid terhadap agama
Taat kepada perintah Allah
Mempertahankan kesucian agama
Mengamalkan ajaran dalam kehidupan sehari-hari

Tanggungjawab murid terhadap Negara
Bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan Negara
Mematuhi undang-undang
Mengamalkan konsep Rukunegara
Menjaga kemudahan-kemudahan awam
Menjaga dan menaikkan imej Negara

Guru-guru dan pengawas diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah dan semua peraturan sekolah berkuatkuasa pada bila-bila masa apabila murid berada dalam kawasan sekolah.

Pengetua, Guru Penolong Kanan, Guru Disiplin dan guru-guru yang diberi kuasa oleh pengetua.

  • KATEGORI KESALAHAN & HUKUMAN

KATEGORI KESALAHANJENIS HUKUMANBIDANG KUASA
BERATRotan (3 kali)
Gantung Asrama (Tidak melebihi 14 hari)
Gantung Sekolah (Tidak melebihi 14 hari)
Buang Asrama
Buang Sekolah
Bayar gantirugi
Penarikan Biasiswa
Dilaporkan pada Polis
PENGETUA
SEDERHANARotan (tidak melebihi 2 kali)
Gantung asrama
PENGETUA
RINGANAmaran lisan & bertulis
Dicatatkan dalam Rekod Demerit
GURU DISIPLIN

GARIS PANDUAN

  • 1. KEKEMASAN DIRI
  • 2. PAKAIAN
  • 3. RAMBUT MURID LELAKI
  • 4. PERHIMPUNAN
  • 5. KELUAR KELAS
  • 6. SAKIT

4.1 Semua murid hendaklah menjaga kebersihan diri.
4.2 Kuku mestilah pendek, bersih dan tidak boleh diwarnakan.
4.3 Murid tidak dibenarkan bersolek.

1.1 PAKAIAN SERAGAM BAGI MURID LELAKI
1.1.1 Baju;
(a) Baju lengan panjang berwarna putih sahaja dan perlu dikancing.
(b) Ukuran baju tidak terlalu besar dan tidak terlalu sempit. Ukuran baju hendaklah sesuai dengan bentuk badan.
(c) Baju tidak boleh dikeluarkan sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar sekolah.
(d) Butang baju hendaklah sentiasa dikenakan.
(e) Hanya satu poket baju bertampal di sebelah kiri.
(f) Baju berpoket tebuk atau berlidah tidak dibenarkan.
1.1.2 Seluar;
(a) Semua murid lelaki berseluar panjang berwarna hijau tua (dark olive).
(b) Murid Tingkatan 6 dibenarkan memakai seluar panjang berwarna hitam.
(c) Pergelangan kaki seluar panjang mestilah antara 34cm – 38 cm ukur lilit. Labuh seluar mestilah separas buku lali.
(d) Seluar kembang serta labuh atau seluar yang kecil kaki serta
singkat atau sebarang potongan yang tidak sesuai tidak dibenarkan.
(e) Poket seluar jenis tampal atau ala jeans seperti berbutang besi.
tidak dibenarkan. Poket tebuk dibenarkan di bahagian belakang seluar.
1.1.3 Kasut dan stoking;
(a) Semua murid berkasut kulit atau kanvas hitam yang bertali
dan hendaklah sentiasa diikat kemas.
(b) Kasut berkenaan tidak boleh berjalur atau sengaja diwarnakan.
(c) Stoking hitam tanpa jalur sahaja dibenarkan.
1.1.4 Lencana dan Tanda Nama
(a) Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda
nama sepanjang masa persekolahan.
(b) Lencana hendaklah dipakai atau dijahit pada bahagian atas poket
pada dada sebelah kiri baju (di atas tanda nama)
(c) Tanda nama hendaklah dipakai atau dijahit 3 cm atas poket pada dada sebelah kiri baju.
(d) Lencana yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti
dengan segera.
1.1.5 Tali Pinggang
(a) Tali pinggang hitam yang yang berukuran 2cm - 3cm yang diperbuat daripada kulit / PVC / kain kanvas.
(b) Kepala tali pinggang hendaklah kosong dan tidak besar, tidak berhias dan tidak beraneka corak (tidak melebihi 3 cm)
(c) Tali pinggang dan kepala tali pinggang yang bercirikan budaya ‘rap’ atau ‘rock’ tidak dibenarkan sama sekali.
1.1.6 Tali leher
(a) Tali leher mestilah dipakai oleh murid pada setiap hari persekolahan.
(b) Butang baju di bahagian atas hendaklah dikancing dan tali leher diikat kemas.
1.1.7 Barang Kemas / Perhiasan
(a) Murid-murid DILARANG sama sekali memakai apa jua barang perhiasan sepanjang berada di sekolah.
1.1.8 Pakaian kebangsaan
(a) Murid-murid lelaki perlu memakai pakaian kebangsaan (teluk belanga) pada hari Jumaat
(b) Baju kebangsaan mestilah berwarna putih dan seluar putih dengan samping sekolah / asrama.
(c) Baju hendaklah sentiasa berbutang.
(d) Songkok berwarna hitam tanpa hiasan hendaklah dipakai bersama-sama pakaian kebangsaan.

1.2 PAKAIAN SERAGAM MURID PEREMPUAN (Lihat lampiran)
1.2.1 Baju kurung
(a) Semua murid perempuan berbaju kurung putih teluk belanga yang labuh pada paras lutut dan kain sarung bersusun berwarna biru muda.
(b) Murid tingkatan 6 dibenarkan memakai kain berwarna hitam.
(c) Baju mestilah tidak jarang sehingga boleh menampakkan bentuk badan. Murid perempuan juga diwajibkan memakai anak baju.
(d) Kain mestilah tidak terlalu singkat dan buku lali hendaklah terlindung tetapi tidak mencecah lantai dan wajib memakai kain dalam.
1.2.2 Mini telekung / tudung (rujuk lampiran gambar);
(a) Setiap murid perlu memakai mini telekung / tudung berwarna putih tanpa berenda, bersulam atau berfesyen.
(b) Bentuk yang dibenarkan ialah rata di bahagian bawah tudung.
(c) Labuhnya hendaklah melebihi paras dada. Kain janganlah terlalu nipis.
(d) Anak tudung yang berwarna putih sahaja mestilah dipakai bersama mini telekung.
(e) Murid-murid perempuan DILARANG sama sekali memakai barang-barang kemas, alat-alat solek dan perhiasan kecuali sepasang subang bersaiz kecil sahaja dibenarkan dipakai oleh murid perempuan.

1.3 PAKAIAN PENGAWAS
1.3.1 Baju lengan panjang berwarna hijau muda dan seluar berwarna hijau tua bagi lelaki.
1.3.2 Baju kurung berwarna hijau muda dan kain sarung bersusun berwarna hijau tua dan mini telekung berwarna hijau muda bagi pengawas perempuan.
1.4.4 Kasut kulit atau kanvas berwarna hitam dan berstoking hitam
1.4.5 Lencana pengawas dan tali leher serta tanda nama hendaklah sentiasa dipakai setiap waktu persekolahan.

1.5 PAKAIAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN
( mengikut peraturan semasa )

1.6 PAKAIAN UNTUK MASA LAIN
Murid-murid hendaklah sentiasa berpakaian sekolah lengkap atau berbaju T sekolah berseluar sekolah dan berkasut sewaktu hadir ke sekolah untuk mengikuti sebarang aktiviti di luar waktu belajar.
1.5.1 Kelas / Aktiviti Tambahan
(a) Pakaian seragam sekolah / baju T sekolah dan seluar trek sekolah
1.5.2 Pendidikan Jasmani
(a) Lelaki – Baju T sekolah dan seluar trek sekolah.
(b) Perempuan – Baju T sekolah lengan panjang dan seluar trek sekolah serta mini telekung putih
1.5.3 Latihan Sukan / Permainan
(a) Lelaki – Baju T mengikut warna rumah dan seluar trek sekolah.
(a) Perempuan – Baju T lengan panjang mengikut warna rumah dan seluar trek sekolah serta mini telekung putih (Ukuran bawah siku)
1.5.4 Badan beruniform / persatuan / kelab
Murid-murid hendaklah memakai pakaian sebagaimana yang ditetapkan unit masing-masing.

2.1.1 Rambut murid lelaki mestilah sentiasa pendek iaitu bahagian belakang dinipiskan, tidak mencecah tengkuk, tidak menutupi telinga dan dahi. Pihak sekolah berhak menggungting rambut pelajar yang tidak mengikut peraturan dengan bayaran tertentu.
2.1.2 Rambut mestilah sentiasa disikat kemas.
2.1.3 Dilarang menyimpan janggut, jambang dan misai.
2.1.4 ‘Sideburn’ tidak melebihi garisan tengah hidung.
2.1.5 Rambut ala pesona adalah digalakkan. (potongan no 3)
2.1.6 Rambut yang berfesyen dan diwarnakan dilarang sama sekali.

3.1 Perhimpunan rasmi akan diadakan pada hari Isnin setiap minggu mulai jam 7.20 pagi.
3.2 Perhimpunan harian pula diadakan pada hari Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat mulai 7.05 pagi.
3.3 Semua murid diwajibkan menghadiri perhimpunan.
3.4 Perhimpunan rasmi diadakan di dalam dewan besar sekolah.
3.5 Kedudukan barisan murid lelaki adalah di hadapan murid perempuan
3.6 Semua murid dilarang berbual semasa perhimpunan.
3.7 Atur cara perhimpunan rasmi adalah seperti berikut;

Nasyid Asma’ al-Husna - Semua guru dan murid
Doa pembukaan - Pengawas bertugas
Nyanyian Lagu Negaraku - Semua guru dan murid
Ikrar Rukun Negara - Semua guru dan murid
Bacaan Al-Quran Murid
Ucapan Guru Bertugas Mingguan - Guru Bertugas Mingguan
Pengumuman Pengurusan Sekolah - Pentadbir Sekolah
Ucapan Pengetua - Pentadbir Sekolah
Nyanyian Lagu Negeri Johor & Lagu Sekolah - Semua guru dan murid
Doa Penutup - Semua guru dan murid

5.1.1 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada waktu pengajaran dan pembelajaran kecuali waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru. Murid mesti memakai “PAS KELUAR”.
5.1.2 Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar dengan tugas- tugas yang lain selain daripada belajar. Semasa belajar, murid-murid tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan kegiatan persatuan, membawa surat-surat pengumuman atau tugas-tugas lain yang tidak penting.
5.1.3 Murid tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran waktu umpamanya ke tandas. Ketua kelas bertanggungjawab mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar.
5.1.4 Murid-murid yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab tertentu hendaklah mendapat kebenaran daripada guru mata muridan dan memakai PAS KELUAR.
5.1.5 Sekiranya murid hendak meninggalkan sekolah atas sebab tertentu, murid hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pengetua dengan mengisi borang khas.
5.1.6 Sesalinan hendaklah diserahkan kepada guru kelas dan sesalinan hendaklah disimpan oleh murid.
5.1.7 Murid yang meninggalkan sekolah hendaklah diiringi oleh ibu bapa atau penjaga.

6.1 Murid-murid yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru
Bertugas, Pengawas atau Ketua Kelas.
6.2 Murid-murid yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah sehingga sembuh.
6.3 Murid yang sakit di kawasan sekolah mestilah mendapat rawatan di hospital/klinik setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah.
6.4 Untuk tinggal di bilik rawatan murid-murid mestilah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah setelah mendapat cuti sakit.
6.5 Guru bertugas akan menguruskan penghantaran murid ke hospital/klinik kerajaan jika sakit kuat setelah memaklumkan kepada pihak keluarga.
6.6 Murid boleh ke hospital/klinik dengan menaiki kenderaan sekolah.

  • 7. KAWASAN LARANGAN
  • 8. KEBERSIHAN
  • 9. KESELAMATAN
  • 10. PELAWAT
  • 11. KETIDAKHADIRAN

7.1 Tempat letak kenderaan warga sekolah.
7.2 Kawasan tangki septik
7.3 Bilik Guru
7.4 Bilik Peperiksaan
7.5 Kawasan Tangki Air
7.6 Semua kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan

8.1 Tong Sampah
8.1.1 Semua murid adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di sekolah.
8.1.2 Tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan membuang sampah sahaja.
8.1.3 Bagi sampah yang boleh dikitar semula, sila pastikan bahawa sampah dimasukkan di tong-tong kitar semula yang betul.

8.2 Kantin Sekolah
8.2.1 Murid tidak dibenarkan makan atau minum di luar dari kawasan kantin sekolah.
8.2.2 Sinki-sinki yang disediakan adalah untuk kemudahan membasuh tangan sahaja.
8.2.3 Murid dilarang membuang sampah atau lebihan makanan ke dalam sinki atau parit di sekeliling kantin.
8.2.4 Bekas-bekas makanan dan minuman hendaklah dimasukkan ke dalam tempat-tempat yang disediakan setelah selesai digunakan.
8.2.5 Makanan yang tidak berkhasiat tidak dibenarkan dijual di kantin sekolah.

8.3 Bilik Darjah
8.3.1 Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.
8.3.2 Papan hitam, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah dijaga, tidak dicakar atau dikotorkan.
8.3.3 Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan laluan koridor.
8.3.4 Papan kenyataan kelas mestilah ceria dan sentiasa dikemaskini.
8.3.5 Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakkan seperti kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu dibayar gantirugi.

8.4 Tandas
8.4.1 Semua murid perlu membersihkan tandas selepas digunakan.
8.4.2 Murid mestilah menggunakan tandas murid yang telah dikhaskan.
8.4.3 Murid tidak dibenarkan menconteng dinding tandas.
8.4.4 Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk tandas sebaliknya dibuangkan ke dalam tong-tong yang disediakan.

9.1. Beratur
9.1.1 Semua murid mesti beratur di tapak perhimpunan sebelum permulaan kelas.
9.1.2 Murid dikehendaki beratur apabila pergi ke makmal, bengkel, pusat sumber atau pun mana-mana bilik khas yang lain.
9.1.3 Murid perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak ke mana-mana tempat.

9.2. Waktu balik
9.2.1 Lima minit sebelum loceng terakhir, murid mestilah mengemaskan kerusi meja, membersihkan kelas dan menutup suis lampu serta kipas jika digunakan.
9.2.2 Apabila loceng dibunyikan, murid boleh keluar kelas dengan teratur. Murid hendaklah beratur di tempat yang ditetapkan dan berjalan apabila diarahkan.
9.2.3 Semua murid hendaklah mengikut arahan pengawas yang mengawal laluan.
9.2.4 Murid yang balik menaiki bas atau kenderaan lain hendaklah menunggu di tempat menunggu bas sebelum menaiki kenderaan.
9.2.5 Murid dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki kenderaan.
9.2.6 Murid yang berjalan kaki perlu berjalan dengan teratur di atas bahu jalan dan tidak secara beriringan.

9.3. Makmal
9.3.1 Murid dilarang masuk ke makmal tanpa kebenaran/kehadiran guru berkenaan.
9.3.2 Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan.
9.3.3 Dilarang menyentuh atau mengambil bahan-bahan kimia dan alat-alat yang terdapat di bilik makmal tanpa kebenaran atau arahan guru berkenaan.
9.3.4 Murid dilarang membawa keluar sebarang peralatan dari makmal.
9.3.5 Murid dilarang menjalankan sebarang ujikaji tanpa arahan guru berkenaan.
9.3.6 Murid dilarang menyalakan penunu Bunsen dengan sebarang kertas.
9.3.7 Barang-barang seperti mancis, kertas turas atau bahan-bahan pepejal yang telah digunakan jangan dibuang di merata-rata tempat.

9.4. Bilik-bilik khas
9.4.1 Murid dilarang masuk ke mana-mana bilik khas seperti bengkel KH, pusat sumber, bilik tayang dan makmal komputer tanpa kebenaran / kehadiran guru berkenaan.
9.4.2 Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan.
9.4.3 Murid dilarang menyentuh atau mengambil apa-apa bahan dan alatan yang terdapat di bilik berkenaan tanpa kebenaran atau arahan guru.
9.4.4 Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, murid hendaklah mengikut arahan guru berkenaan.

10.1 Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa dengan murid tanpa memberi sebarang penjelasan.
10.2 Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan berjumpa dengan anak mereka kecuali jika keadaan mendesak setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah terlebih dahulu.
10.4 Pelawat mestilah mendapatkan surat kebenaran masuk, mencatat nama di balai pengawal, memakai PAS PELAWAT serta mematuhi papan arahan yang disediakan.

11.1 Murid yang tidak hadir mestilah memberi surat doktor atau surat ibu bapa / penjaga dengan tanda tangan yang sah untuk tempoh masa murid itu tidak hadir.
11.2 Surat amaran pertama dihantar kepada ibu bapa sekiranya murid tidak hadir pada hari ketiga untuk murid yang tidak hadir ke sekolah secara berturut-turut atau hari kesepuluh sekiranya ketidakhadiran adalah secara berturut-turut.
11.3 Surat amaran kedua hendaklah dihantar kepada ibubapa penjaga sekiranya murid tidak hadir sepuluh (10) hari berturut-turut atau sebanyak dua puluh (20) hari secara tidak berturut-turut.
11.4 Surat amaran terakhir secara berdaftar hendaklah dihantar kepada ibu bapa penjaga sekiranya tiada jawapan selepas tujuh (7) hari dari surat amaran kedua dihantar bagi murid yang tidak hadir secara berturut-turut atau ketidakhadiran secara tidak berturut-turut.
11.5 Tindakan buang sekolah boleh diambil selepas 2 minggu surat amaran terakhir dihantar bagi ketidakhadiran secara berturut-turut atau 20 hari bagi
ketidakhadiran secara tidak berturut-turut. (Pek. K (BS) 8548/ 12 (17))
11.6 Murid tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan atau keluar dari kawasan
sekolah dalam waktu belajar kecuali dengan kebenaran khas secara bertulis
dari Pengetua.
11.7 Mengikut Akta Pendidikan 550, Peraturan-peraturan Pendidikan (Penggal Institusi Pendidikan) 1996, cuti pelajar bersama-sama ibubapa bagi mengerjakan umrah/haji atau program-program kekeluargaan semasa sesi persekolahan adalah tidak dibenarkan.

  • 12. WAKTU REHAT
  • 13. BADAN PENGAWAS
  • 14. LATIHAN KEBAKARAN & KECEMASAN
  • 15. BAYARAN TAMBAHAN

14.1 Waktu rehat menengah rendah bermula pukul 10.00 pagi hingga 10.20 pagi pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Rehat pada hari Jumaat bermula pukul 10.05 hingga 10.25 pagi.
14.2 Waktu rehat menengah atas bermula pukul 10.35 pagi hingga 10.50 pagi pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Rehat pada hari Jumaat bermula pukul 10.25 hingga 10.40 pagi.

12.1 Perlantikan dan pemilihan pengawas akan dibuat oleh Pengetua dengan kerjasama guru-guru.
12.2 Badan Pengawas mestilah mengandungi guru Penasihat, Pengerusi,
Setiausaha, Bendahari dan Pengawas-pengawas dari setiap kelas.
12.3 Seorang pengawas biasanya akan memegang jawatannya berterusan tetapi Pengetua boleh menggugurkan seseorang itu dari Badan Pengawas sekiranya perlu.
12.4 Pengetua berkuasa membuat pindaan perlembagaan Badan Pengawas.
12.5 Sifat-sifat Kelayakan;
12.5.1 Untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seorang murid hendaklah
mempunyai sahsiah yang baik, ciri kepimpinan di samping prestasi akademik yang baik dan mengambil bahagian yang cergas dalam kegiatan sekolah.
12.5.2 Lain-lain kelayakan;
- bertanggungjawab dengan sepenuhnya
- berwibawa dan bekerjasama
- rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan
- jujur, menepati masa
12.6 Tugas-tugas pengawas;
12.6.1 Mereka hendaklah menolong Jawatankuasa tatatertib sekolah untuk
mengekalkan suasana yang baik semasa perhimpunan, belajar, rehat dan setiap masa dengan memastikan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi.
12.6.2 Mereka hendaklah mengawasi semua harta benda sekolah terutama di tempat-tempat / bilik-bilik khas supaya tidak dirosakkan. Mereka mesti juga menolong pihak sekolah menjaga kebersihan kelas dan sekolah.
12.6.3 Pengawas-pengawas mestilah menjalankan tugas-tugas mereka
semasa perhimpunan sekolah, masa bersurai sekolah dan upacara
sekolah. Ketua pengawas akan menyediakan giliran tugas Pengawas.
Pengawas yang kurang bertanggungjawab akan diberi amaran.
12.6.4 Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut bersikap tegas tetapi bersopan santun dengan murid. Mereka tidak boleh berkelakuan kasar. Mereka hendaklah menjaga keharmonian murid. Sekiranya ada murid melanggar peraturan, dia hendaklah diberi nasihat dan amaran serta dicatat. Pada kali ketiga, murid itu mesti dilaporkan kepada guru Disiplin.

15.1 Apabila loceng isyarat dibunyikan, murid-murid mesti berbaris di luar kelas dan turun melalui tangga yang ditetapkan (tangga yang paling dekat)
15.2 Murid-murid mestilah bergerak secara senyap, tidak terburu-buru atau berlari dan tanpa cuba berlumba-lumba antara satu sama lain
15.3 Di tempat berkumpul itu, guru-guru kelas hendaklah berada bersama barisan murid-muridnya. Dengan menggunakan daftar kedatangan pastikan setiap murid di dalam kelasnya berada di situ.
15.4 Guru kelas hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Pengetua jika ada sesiapa yang diketahui tidak ada di situ dan hendaklah mencari murid itu dengan segera.
15.5 Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk mengambil barang-barang seperti buku, baju dan lain-lain.
15.6 Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat berbunyi hendaklah mereka pergi terus ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan. Mereka dikehendaki melaporkan diri kepada guru kelas dan berada bersama rakan sekelasnya.

16.1 Bayaran tambahan adalah berdasarkan kepada keputusan mesyuarat Persatuan Ibubapa Guru ( PIBG ).

  • 16. KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH
  • 17. KEGIATAN LUAR
  • 18. PROSEDUR PROGRAM LAWATAN SEKOLAH

Murid-murid mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua harta benda sekolah semasa berada di sekolah seperti
(a) Kerusi meja murid jangan diukir/diconteng
(b) Dinding bangunan sekolah jangan dilukis/diconteng
(c) Buku yang dipinjam daripada perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik
(d) Tandas hendaklah diguna dengan betul
(e) Cermin tingkap jangan dipecahkan
(f) Alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak membazir.
(g) Alatan pendidikan jasmani, bilik sumber dan sains hendaklah digunakan dengan baik.

18.1 Setiap murid diwajibkan menyertai :
a) satu pasukan berunifom
b) satu persatuan/kelab.
c) satu kelab sukan / permainan.
d) satu rumah sukan.
18.2 Seseorang murid dibenarkan memegang maksima 2 jawatan
tertinggi untuk kesemua persatuan/kelab sekolah yang dianggotai.
18.3 Murid tidak dibenarkan untuk turut serta dalam kegiatan-kegiatan luar
sekolah yang bukan dianjurkan oleh sekolah.
18.4 Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada pengetua
sekiranya seseorang murid ingin atau dikehendaki mengambil bahagian di dalam kegiatan-kegiatan luar atau pertubuhan luar, persatuan, permainan dan lain-lain yang dianjurkan sekolah atau jabatan pendidikan.
18.5 Murid-murid adalah DILARANG KERAS memasuki sebarang pertubuhan
haram atau kongsi gelap.

1. Merujuk Akta Murid 1957, dalam The School (Tours) Regulations 1957, semua permohonan lawatan sekolah (untuk dalan Negara sahaja) perlu dihantar untuk tujuan kelulusan 5 minggu sebelum tarikh lawatan.
2. Berkuatkuasa serta merta, permohonan lawatan yang diterima kurang dari tempoh ditetapkan tidak akan diberi kelulusan (kecuali program dari / anjuran Kementerian Muridan Malaysia – perlu dilampirkan bersama).
3. Hanya Pengetua sahaja dibenarkan membuat pengesahan borang permohonan lawatan sekolah dengan tanda tangan asal dan ‘pengesahan rasmi’ bagi setiap salinan.
4. Permohonan lawatan ke luar negeri Johor, perlu dilengkapkan dalam 6 salinan serta tambahan satu salinan bagi setiap negeri yang akan dilawati (untuk sebuah bas) dan majukan permohonan untuk kelulusan ke Unit Perhubungan dan Pendaftaran, JPN Johor.
5. Bagi permohonan lawatan dalam negeri, sekolah perlu mengemukakan 4 salinan permohonan ke Pejabat Muridan Daerah masing-masing untuk tujuan kelulusan (untuk kadar sebuah bas).
6. Nisbah peserta lawatan ialah seorang guru bagi 10 orang murid.
7. Sekolah tidak digalakkan memulakan perjalanan lawatan pada waktu malam.
8. Untuk tujuan lawatan ke luar negeri Johor, setiap bas mesti mempunyai dua orang pemandu.
9. Tujuan lawatan mestilah berunsur pendidikan. Kelulusan tidak akan diberikan sekiranya lawatan melibatkan aktiviti air, mendaki gunung serta aktiviti yang difikirkan kurang sesuai.
10. Ketua rombongan diminta menyedia dan menyerahkan laporan lawatan kepada Pengetua seminggu selepas program lawatan.
11. Lawatan sekolah semasa hari persekolahn dibenarkan dua kali setahun, namun tidak melebihi empat hari berturut-turut termasuk hari perjalanan (SPI. Bil. 5/2002: Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan).
12. Bagi tujuan lawatan ke luar negera, kemukan permohonan ke Unit Pendaftaran, JPN Johor dalam 4 salinan (beserta kertas kerja, intenteri dan tujuan lawatan) sebelum dipanjangkan ke Bahagian Sekolah, KPM untuk tujuan kelulusan tiga bulan sebelum tarikh lawatan.
13. Guru-guru pengiring lawatan ke luar negara perlu mendapatkan kelulusan dari Unit Perkhidmatan, JPN Johor terlebih dahulu.
14. Murid yang mewakili agensi luar bagi sebarang aktiviti di luar negara juga perlu mendapatkan kebenaran dari Bahagian Sekolah, Kementerian Muridan Malaysia terlebih dahulu dengan mematuhi prosedur seperti mana di atas.

20.2. PPOSEDUR LAWATAN SMKA SEGAMAT (Tambahan)

20.2.1 Syarat Am:
1. Ketua rombongan mestilah membawa Surat Kebenaran Mengadakan Rombongan yang asal bersama senarai peserta yang sah (senarai penumpang mestilah sama dengan senarai dalam Surat Permohonan).
2. Tidak dibenarkan membuat sebarang pertukaran atau penambahan peserta tanpa kelulusan Unit Pendaftaran, JPN Johor.
3. Nisbah guru mestilah seimbang dengan murid.
1. Nisbah Peserta ( 1 guru bagi 10 murid)
2. Nisbah Jantina ( guru lelaki bagi murid lelaki/ guru perempuan bagi murid perempuan).
4. Semua murid diwajibkan mendapat kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga sebelum mengikuti lawatan dan dibawa bersama semasa lawatan.

20.2.2 Syarat Khas:
1. Pastikan murid yang ingin mengikuti lawatan tidak mempunyai masalah disiplin dan hutang asrama. (Sila rujuk: Guru Disiplin, Warden dan Penyelia Asrama).
2. Ketua rombongan berhak melarang murid tertentu dari mengikuti lawatan dengan alasan yang munasabah.
3. Murid yang dilarang dari mengikuti lawatan dibenarkan membuat rayuan kepada Pengetua. Keputusan akhir ditentukan oleh Pengetua.
4. Tidak dibenarkan membawa barang yang dilarang di sekolah dan asrama seperti telefon bimbit, kamera, radio kaset dan seumpamanya.
5. Murid perlu memakai pakaian yang sesuai dengan tujuan lawatan.
6. Seluar jeans tidak dibenarkan dibawa atau dipakai semasa lawatan .
7. Pergaulan bebas antara murid lelaki dan perempuan adalah dilarang.

20.2.3 Tanggungjawab Ketua Rombongan:
1. Ketua rombongan hendaklah memberi taklimat kepada semua peserta sebelum menaiki dan ketika turun dari kenderaan sebagai peringatan.
2. Memastikan tiada barang yang dilarang dibawa atau dibeli semasa lawatan.
3. Memeriksa murid dan beg murid bila-bila masa sekiranya perlu.
4. Ketua Rombongan berhak merampas barang yang dilarang semasa lawatan dan direkodkan.
5. Hendaklah mengawal tingkah laku murid sepanjang masa.
6. Tempat duduk murid perlu dikhaskan dan diasingkan sama ada perempuan di hadapan dan murid lelaki di belakang atau sebaliknya.
7. Pastikan ada guru di antara tempat duduk murid lelaki dan perempuan.
8. Memastikan murid memakai pakaian rasmi yang seragam bagi tujuan lawatan rasmi.
9. Mematuhi segala prosedur lawatan yang sedang berkuatkuasa oleh KPM dan JPN.

KATEGORI KESALAHAN

  • RINGAN
  • SEDERHANA
  • BERAT

1. Menyimpan misai, janggut dan jambang.
2. Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan tertentu.
3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.
4. Membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dari sekolah tanpa kebenaran.
5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Pengetua, atau Guru-guru Penolong Kanan atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada ketika itu.
6. Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran.
7. Menyimpan / menggunakan peralatan permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.
8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran Pengetua /wakilnya.
9. Memasuki makmal/bilik khas/bengkel tanpa kebenaran atau tidak mematuhi peraturan makmal/bilik khas/bengkel.
10. Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam.
11. Makan dan minum di dalam bilik darjah.
12. Melakukan pembaziran air atau elektrik.
13. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap / kemas.
14. Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain)
15. Lewat ke sekolah.
16. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal.
17. Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain.
18. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
19. Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah.
20. Tidak membuat tugasan yang diarahkan.
21. Mengganggu kawan.
22. Mengganggu guru.
23. Lewat masuk kelas.
24. Mengotorkan kelas.
25. Tidak duduk setempat.
26. Berada dalam kawasan larangan.
27. Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran tanpa kebenaran.
28. Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin..
29. Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu.
30. Membuang sampah merata-rata.
31. Meludah atau membuang barang-barang dari atas bangunan.
32. Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa kebenaran.
33. Menjalankan perniagaan atau menjadi agen perniagaan tanpa kebenaran pihak sekolah.
34. Memakai cermin mata berfesyen.
35. Kesalahan lain yang ditentukan oleh Pengetua.

1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali.
2. Menyalahgunakan / menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran.
3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
4. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan.
5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
6. Tidak menghormati lagu-lagu/bendera/ jata sekolah, negeri dan kebangsaan.
7. Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head atau bewarna.
8. Menconteng pada harta benda sekolah.
9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang lebih daripada satu pada satu cuping telinga.
10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh JK Disiplin Sekolah.

1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.
2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.
3. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan / menghayalkan.
4. Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.
5. Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan.
6. Mengancam / memukul/mengugut / mencederakan guru / pengawas / murid.
7. Biadap terhadap guru / pengawas / murid.
8. Memeras ugut guru / pengawas / murid.
9. Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.
10. Melakukan buli (pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita dan multimedia yang terlarang.
14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
15. Mencabul kehormatan guru / murid.
16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
17. Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.
18. Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
19. Mengintai murid lelaki / perempuan.
20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
21. Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid.
22. Membawa atau menggunakan bahan letupan.
23. Menulis/melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.
24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.
25. Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia.
26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / ujian.
27. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia.
28. Menganjur atau membabitkan diri dalam dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, PPD, JPNJ dan KPM.
29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sesi persekolahan.
30. Mengganggu / menjejaskan kuasa Pengetua atau guru yang menjalankan tugas.
31. Membawa masuk tetamu luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran Pengetua.
32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.
33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
34. Melakukan hubungan yang dicurigai.
35. Kesalahan-kesalakan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Pengetua .

SALAHLAKU PELAJAR

  • 1. JENAYAH
  • 2. LUCAH
  • 3. ANTI SOSIAL
  • 4. TIDAK JUJUR
  • 5. TIDAK SOPAN

a) Mendera dan membuli.
b) Bertindak ganas dan mencederakan.
c) Memeras ugut.
d) Bergaduh.
e) Mencuri.
f) Menipu atau memperdayakan.
g) Menyalahgunakan dadah.
h) Segala perbuatan jenayah mengikut Undang-undang Negara.
i) Menyertai kumpulan kongsi gelap.
j) Merosakkan harta benda sekolah, guru, staf dan murid lain (vandalism)

a) Percakapan lucah.
b) Berdua-duaan.
c) Bercumbu-cumbuan.
d) Melihat / membaca bahan lucah.
e) Melukis / menulis bahan lucah.
f) Menyimpan / meminjamkan bahan lucah.
g) Besubahat dalam perbuatan sumbang.
h) Berpakaian tidak senonoh dan mendedahkan aurat.

a) Tidak mahu bergaul.
b) Membuat bising.
c) Menjerit-jerit tidak tentu pasal.
d) Mengganggu orang lain.
e) Menulis dan menconteng bangunan.
f) Membuang sampah merata-rata.
g) Berdendam / hasad dengki / cemburu.
h) Memaki hamun.
i) Sombong, bongkak dan biadap.

1. Meniru dalam ujian dan peperiksaan.
2. Meniru tandatangan orang lain.
3. Bercakap bohong.
4. Mengubah markah yang dicatat oleh guru.
5. Ponteng sekolah atau aktiviti sekolah.
6. Menganiaya sesama rakan.
7. Tidak amanah.
8. Memperdayakan ibu bapa dan orang lain.
9. Mengambil barang orang lain tanpa izin.
10. Berdolak-dalik.

a) Berbahasa kasar.
b) Menghisap rokok.
c) Berambut panjang.
d) Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar.
e) Selalu lewat.
f) Suka bertengkar.
g) Pakaian tidak sesuai.

KESELAMATAN AKTIVITI SUKAN & PERMAINAN

  • PERATURAN

1. Mematuhi peraturan sepenuhnya semasa menjalankan aktiviti sukan/permainan.
2. Pelajar tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti tanpa pengawasan guru/jurulatih.
i) Mengambil peralatan yang tidak dikehendaki dalam aktiviti yang akan atau sedang dijalankan.
ii) Membuat pengubahsuaian langkah-langkah yang tidak ada dalam aktiviti hari itu.
3. Memaklumkan kepada guru surat pengakuan doktor tentang penyakit atau kecacatan yang memungkinkan pelajar tidak dapat menjalankan sesuatu aktiviti sukan.
i) Contoh penyakit :semput, lemah jantung atau cedera
ii) Contoh kecacatan :cacat anggota atau cacat deria
5. Semasa menjalankan aktiviti sukan dan permainan, pelajar dilarang membawa barang-barang yang membahayakan diri atau pemain lain seperti pisau, sikat tajam, menyimpan kuku panjang dan lain-lain.
6. Mengikut arahan guru atau jurulatih ketika menjalankan aktiviti sukan atau permainan.
7. Memberitahu guru/jurulatih jika terdapat pelajar melakukan aktiviti yang tidak selamat.
8. Melaporkan kemalangan yang berlaku kepada guru/jurulatih dengan segera supaya tindakan dapat diambil secepat mungkin.
9. Mengetahui dan boleh melakukan langkah-langkah keselamatan atau rawatan yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan kepada dirinya atau rakan-rakan di padang atau gelanggang permainan.
10. Menggunakan peralatan dengan cara yang betul iaitu mengikut prosedur sebagaimana yang dimaklumkan oleh guru atau jurulatih.
11. Memastikan peralatan sukan yang diambil dalam keadaan baik dan memulangkan kepada guru jika peralatan yang hendak digunakan tidak sempurna. Contoh peralatan yang tidak sempurna ialah lemBing atau kayu hoki patah atau tiang gol yang condong.
12. Membersih, mengembali dan menyusun peralatan sukan yang digunakan ke tempat asal.
13. Memastikan padang/gelanggang berada dalam keadaan bersih selepas aktiviti dijalankan.
14. Tidak dibenarkan melaksanakan sebarang aktiviti di padang / tempat terbuka semasa hari hujan / ribut / petir.
15. Melaporkan segala kerosakan atau kehilangan peralatan sukan kepada guru atau jurulatih yang bertugas.
16. Ketua pasukan hendaklah memastikan semua pemain dan pasukannya tidak meninggalkan padang atau gelanggang tanpa kebenaran.