• PENGETUA

TEMPOH BERKHIDMATNAMA
19 DISEMBER 2014 – KINIUST. MOHD FAUZAN BIN MOHAMED MOKHTAR
2013 – 19 DISEMBER 2014HJ. ISMAIL BIN HJ MOHMD
DIS 2008 – 2013HJH. SITI ESAH BT. ABD. LATIF
16 JUL 2005 – 30 JUN 2008HJ. MEGAT ABU BAKAR BIN MEGAT HUSIN
1 JAN 2004 – 12 JUL 2005HJ. WAN MUHAMMAD @ MOHD.ZAIN BIN AWANG
16 JAN 2000 – 30 SEPT 2003HJ. KAMAL BIN HASSAN
1 OKT 1997 – 17 OGOS 1999HJ. SARNON BIN JUMIRAN
1 MEI 1996 – 30 SEPT 1997HJ. ABD. RAHIM BIN SHAARI
1 SEPT 1995 – 31 JAN 1996HJ. PAIMAN BIN JEMO
1 OGOS 1990 – 15 OGOS 1995HJ. KAMAL BIN HASSAN
1 JAN 1988 – 31 JUL 1990HJ. PAIMAN BIN JEMO

  • SEJARAH AWAL PENUBUHAN SMKA SEGAMAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat (SMKA) adalah sebuah sekolah berasrama (Asrama Harian) yang dibangunkan di suatu kawasan seluas 28 ekar milik kerajaan yang terletak bersebelahan dengan SM Vokasional Segamat dan jauhnya 5 km dari bandar Segamat. Ia merupakan SMKA yang ketiga di negeri Johor, selepas SMKA Maahad Muar dan SMKA Kolej Tuanku Ampuan Mariam. Sekolah ini dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (Bahagian Pendidikan Islam), bagi memenuhi matlamat mengimbangi antara pendidikan bukan berasaskan agama dengan pendidikan Islam.

Sekolah ini mula dibangunkan pada awal tahun 1987 dan mula beroperasi pada 3 Januari 1988. Pada tahun 1988, sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan iaitu Blok 1, 2 dan 3. Blok 1 merupakan bangunan pejabat pentadbiran sekolah dan bilik-bilik darjah. Blok 2 dan blok 3 pula adalah blok bilik darjah sepenuhnya dan termasuk perpustakaan. Kemudahan sedia ada adalah 25 bilik darjah, 5 makmal sains, 1 bilik guru, 1 bilik Penolong Kanan, 1 bilik Pengetua, 1 perpustakaan, 1 bilik Media, 1 makmal bahasa, 1 pejabat pentadbiran sekolah, 1 bilik Kaunseling, 1 koperasi sekolah (kedai buku), 4 tandas pelajar, 5 tandas guru, 2 bilik setor, 1 Dewan besar, 1 surau dan 1 kantin. Kemudahan sukan dan permainan pula terdiri daripada 3 gelanggang badminton, 3 padang, 2 gelanggang tenis, 3 gelanggang bola tampar, 2 gelanggang sepak takraw, 1 gelanggang bola keranjang dan 1 meja ping pong.

Pada awal penubuhannya, SMKA Segamat mempunyai 15 orang guru iaitu diterajui oleh Paiman bin Jemo sebagai Tuan Pengetua (Kini bersara di Batu Pahat, Johor) dan dibantu oleh Kamal bin Hassan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran/Akademik (Kini bersara di Segamat, Johor).

Antara tenaga-tenaga pengajarnya pula adalah Hj. Ayub bin Zainal Abidin (telah bersara di Segamat), Us. Ismail bin Abas (Kini Pensyarah di Maktab Peguruan Islam, Bangi, Selangor), Us. Ahmat bin Mahmud (Kini Pengetua di Perak), Us. Yahya bin Awang (Kini Pengetua SMK Purun, Pahang), Us. Zainal Abidin bin Sakiran (Kini Penolong Kanan Pentadbiran/Akademik di SMKA Segamat, Johor), Us. Johan Shah bin Jaafar (Kini Guru di Sekolah Tinggi Segamat, Johor), Us. Wan Saudi bin Wan Sahak (Kini bersara di Kota Bahru, Kelantan), Us. Marzuki bin Maulud (Kini Pensyarah Maktab perguruan di Melaka), Uzh. Rubiah binti Omar (Kini Ketua Bidang Pendidikan Islam di SMKA Maahad Muar), Uzh. Asrafun Nisah binti Abd. Rahman (Kini Guru di Segamat, Johor), Uzh. Norashikin binti Hj. Maskan (Kini Guru di Muar, Johor), Uzh. Azizah bt. Jabar (Kini Guru di Muar, Johor) dan Uzh. Fauziah bt. Yusof (Kini bersara di Kota Bahru, Kelantan).

Manakala kakitangan sokongan pula terdiri daripada En. Abdol Razak bin Md Shah (Kerani), En. A Razak bin Mustafa (Pembantu Am Rendah), Pn. Zainab binti Md. Din (Pembantu Makmal), Pn. Zaiton binti Abd. Aziz (Penyelia Asrama), En. Mohamad bin Md. Din (Pemandu), En. Omar bin Nasir (Pengawal Keselamatan), En. Jani bin Abd.Hamid (Pekerja Am Rendah), En. Sahari bin Azalee (Pekerja Am Rendah), En. Mohamad bin Ma?on (Pekerja Am Rendah), En. Razak bin Komeng (Pekerja Am Rendah), Pn. Milah binti Jantan (Pekerja Am Rendah), Pn. Bakirah binti Hassan (Pekerja Am Rendah), Cik Rokiah binti Layot (Pekerja Am Rendah) dan Pn. Samsiah binti Awang (Pekerja Am Rendah).

Pada awal pembukaan SMKA Segamat pada tahun 1988, sekolah ini hanya beroperasi dengan hanya dua tingkatan sahaja iaitu Tingkatan 1 sebanyak 5 kelas (3 kelas putera dan 2 kelas puteri) dan Tingkatan 4 sebanyak 2 kelas (1 kelas putera dan 1 kelas puteri). Pelajar lelaki Tingkatan Empat ini adalah lanjutan pelajar dari SMKA Maahad Muar, Muar. Manakala pelajar perempuan pula adalah lanjutan pelajar daripada SMKA Kolej Tuanku Ampuan Mariam, Johor Bahru. Jumlah keseluruhan pelajar adalah seramai 256 orang yang meliputi 7 buah kelas.

Pada tahun 1989, bilangan kelas telah bertambah kepada 14 buah kelas iaitu Tingkatan 1 sebanyak 5 kelas (3 kelas putera dan 2 kelas puteri), Tingkatan 2 sebanyak 5 kelas (3 kelas putera dan 2 kelas puteri), Tingkatan 4 sebanyak 2 kelas Puteri sahaja (1 Aliran Sastera Agama & 1 Aliran Sains Agama) dan Tingkatan 5 sebanyak 2 kelas (1 Putera dan 1 Puteri). Keseluruhan pelajarnya berjumlah 513 orang. Pada tahun ini jugalah, buat pertama kalinya pelajar tingkatan 5 sekolah ini mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pada tahun 1990, bilangan kelas telah bertambah kepada 16 buah kelas iaitu Tingkatan 1 sebanyak 5 kelas (4 kelas putera dan 1 kelas puteri), Tingkatan 2 sebanyak 5 kelas (3 kelas putera dan 2 kelas puteri), Tingkatan 3 sebanyak 5 kelas (3 kelas putera dan 2 kelas puteri), Tingkatan 4 sebanyak 2 kelas Puteri sahaja (1 Aliran Sastera Agama dan 1 Aliran Sains Agama) dan Tingkatan 5 sebanyak 2 kelas (1 Putera & 1 Puteri). Keseluruhan pelajar berjumlah 650 orang. Pada tahun ini jugalah, pertama kalinya pelajar tingkatan 3 sekolah ini mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), kini dikenali sebagai Penilaian Menengah Rendah (PMR).

  • GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

TEMPOH BERKHIDMATNAMA
2011 – KINIHJ. JAMIL BIN HUSSIN
2009 – 2011HJ. ZAINAL ABIDIN BIN SAKIRAN
2006 – 2008YUSOF BIN ANIM
2003 – 2005MOHD. HALMY BIN AHMAD
1997 – 2002MOHD. SAE’ER BIN MUNGIN
1996 – 1997HJ. ABDULLAH BIN MUHIDIN
1994 – 1995HJ. OTHMAN BIN BUDIN
1991 – 1994HJ. AYUB BIN ZAINAL ABIDIN
1988 – 1990HJ. KAMAL BIN HASSAN

  • GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

TEMPOH BERKHIDMATNAMA
2011 – KINISHARIFUDDIN BIN SULAIMAN
2006 – 2011HJ. W. ZAINUZZAMAN BIN WAN ABDULLAH
2006ZAMBRI BIN AHMAD
2003 – 2005MOHD. FAUZI BIN MUHAMMAD
1999 – 2002YAHYA BIN AWANG
1998HJH. ZAINON BT. MOHD. SALLEH
1996 – 1998HJ. ZAINAL ABIDIN BIN SAKIRAN
1994 – 1995HJH. NORLIN BT. ARSHAD
1991 – 1994YAHYA BIN AWANG

  • GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

TEMPOH BERKHIDMATNAMA
2011 – KINIHJH. MARIATUL KAPTIAH BINTI MOHD KASSIM
2003 – 2011SALIM BIN ABU TAIB
1999 – 2002YAHYA BIN AWANG
1998HJH. ZAINON BT. MOHD. SALLEH
1996 – 1998HJ. ZAINAL ABIDIN BIN SAKIRAN
1994 – 1995HJH. NORLIN BT. ARSHAD
1991 – 1994HJ. ZAINAL ABIDIN BIN SAKIRAN

  • GURU PENOLONG KANAN TINGKATAN 6

TEMPOH BERKHIDMATNAMA
2015 – KINIHAFIZA BINTI ABDUL HAMID
2012 – 2015ZOLKAFLE BIN JAAFAR
2011 – 2012MOHAMAD YAZID BIN ABDUL MAJID
2009 – 2011SHARIFAH ROHA BINTI OTHMAN