image Navigasi image
   UTAMA
Utama
Artikel

 PROFIL SEKOLAH
Sejarah Sekolah
Peta Lokasi
Visi Dan Misi
Prasarana

 STRUKTUR ORGANISASI
Pentadbiran
Staf Sokongan

 Unit Akademik
Berita Akademik

 Unit HEM
Berita HEM

 Unit Kokurikulum
Struktur Unit Koko
Berita Koku

 Perkhidmatan Web
Forum Diskusi
Pautan Web
Kategori Berita
Galeri Foto
Muat Turun
Carian
FAQ
Hubungi Kami
Event Calendar
 
image image
image Keputusan Online Percubaan PMR image
 
· Tingkatan 3

 
image image
image Keputusan Online Penilaian Kurikulum 2 image
 
· Tingkatan 1

· Tingkatan 2

· Tingkatan 4

 
image image
image BAHAN SOALAN image
  BAHAN PMR  
image image
image Sejarah Sekolah image

SEPINTAS LALU PENUBUHAN SMKA SEGAMAT
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat (SMKA) adalah sebuah sekolah berasrama (Asrama Harian) yang dibangunkan di suatu kawasan seluas 28 ekar milik kerajaan yang terletak bersebelahan dengan SM Vokasional Segamat dan jauhnya 5 km dari bandar Segamat. Ia merupakan SMKA yang ketiga di negeri Johor, selepas SMKA Maahad Muar dan SMKA Kolej Tuanku Ampuan Mariam. Sekolah ini dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (Bahagian Pendidikan Islam), bagi memenuhi matlamat mengimbangi antara pendidikan bukan berasaskan agama dengan pendidikan Islam.

Sekolah ini mula dibangunkan pada awal tahun 1987 dan mula beroperasi pada 3 Januari 1988. Pada tahun 1988, sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan iaitu Blok 1, 2 dan 3. Blok 1 merupakan bangunan pejabat pentadbiran sekolah dan bilik-bilik darjah. Blok 2 dan blok 3 pula adalah blok bilik darjah sepenuhnya dan termasuk perpustakaan. Kemudahan sedia ada adalah 25 bilik darjah, 5 makmal sains, 1 bilik guru, 1 bilik Penolong Kanan, 1 bilik Pengetua, 1 perpustakaan, 1 bilik Media, 1 makmal bahasa, 1 pejabat pentadbiran sekolah, 1 bilik Kaunseling, 1 koperasi sekolah (kedai buku), 4 tandas pelajar, 5 tandas guru, 2 bilik setor, 1 Dewan besar, 1 surau dan 1 kantin. Kemudahan sukan dan permainan pula terdiri daripada 3 gelanggang badminton, 3 padang, 2 gelanggang tenis, 3 gelanggang bola tampar, 2 gelanggang sepak takraw, 1 gelanggang bola keranjang dan 1 meja ping pong.

Pada awal penubuhannya, SMKA Segamat mempunyai 15 orang guru iaitu diterajui oleh Paiman bin Jemo sebagai pengetua (Kini bersara di Batu Pahat, Johor) dan dibantu oleh Kamal bin Hassan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran/Akademik (Kini bersara di Segamat, Johor)
Antara tenaga-tenaga pengajarnya pula adalah Hj. Ayub bin Zainal Abidin (telah bersara di Segamat), Us. Ismail bin Abas (Kini Pensyarah di Maktab Peguruan Islam, Bangi, Selangor), Us. Ahmat bin Mahmud (Kini Pengetua di Perak), Us. Yahya bin Awang (Kini Pengetua SMK Purun, Pahang), Us. Zainal Abidin bin Sakiran (Kini Penolong Kanan Pentadbiran/Akademik di SMKA Segamat, Johor), Us. Johan Shah bin Jaafar (Kini Guru di Sekolah Tinggi Segamat, Johor), Us. Wan Saudi bin Wan Sahak (Kini bersara di Kota Bahru, Kelantan), Us. Marzuki bin Maulud (Kini Pensyarah Maktab perguruan di Melaka), Uzh. Rubiah binti Omar (Kini Ketua Bidang Pendidikan Islam di SMKA Maahad Muar), Uzh. Asrafun Nisah binti Abd. Rahman (Kini Guru di Segamat, Johor), Uzh. Norashikin binti Hj. Maskan (Kini Guru di Muar, Johor), Uzh. Azizah bt. Jabar (Kini Guru di Muar, Johor) dan Uzh. Fauziah bt. Yusof (Kini bersara di Kota Bahru, Kelantan)
Manakala kakitangan sokongan pula terdiri daripada En. Abdol Razak bin Md Shah (Kerani), En. A Razak bin Mustafa (Pembantu Am Rendah), Pn. Zainab binti Md. Din (Pembantu Makmal), Pn. Zaiton binti Abd. Aziz (Penyelia Asrama), En. Mohamad bin Md. Din (Pemandu), En. Omar bin Nasir (Pengawal Keselamatan), En. Jani bin Abd.Hamid (Pekerja Am Rendah), En. Sahari bin Azalee (Pekerja Am Rendah), En. Mohamad bin Ma?on (Pekerja Am Rendah), En. Razak bin Komeng (Pekerja Am Rendah), Pn. Milah binti Jantan (Pekerja Am Rendah), Pn. Bakirah binti Hassan (Pekerja Am Rendah), Cik Rokiah binti Layot (Pekerja Am Rendah) dan Pn. Samsiah binti Awang (Pekerja Am Rendah).
 
 
imageimage
image Demi Masa image
 
 
image image
image Log Masuk image
 
Nama Pengguna

Password



Belum menjadi ahli ?
klik di sini untuk daftar.

Lupa password?
Dapatkan yang baru di sini.
 
image image
image WAKTU SOLAT image
   
image image
image Mesej Ringkas image
 
Anda perlu Log Masuk untuk hantar mesej ringkas.

31/08/2010 04:35
selamat menyambut hari kemerdekaan untuk semua warga SMKAS

26/08/2010 03:22
Alhamdulillah...ak
hirnye dpt jgk join lmn web skola ni...thnks ustz. Wink

24/08/2010 15:30
berjaya masuk... Cool

31/07/2010 08:46
huhuhu tk thu pn ad sc fair.. hehehe Grin

23/07/2010 16:13
datanglah beramai-ramai ke SCIENCE FAIR kami...

09/07/2010 16:45
tahniah mfaisal kerana berjaya menyediakan laman web baru ini.

08/07/2010 03:26
selamat datang...
 
image image
image Pengunjung Online image
  · Tetamu Online: 2

· Ahli Online: 0

· Jumlah Ahli: 21
· Ahli Terbaru: syahira_ciro
 
image image

4,901 kunjungan unik