• FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
  • FALSAFAH SMKA SEGAMAT
  • PIAGAM PELANGGAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

VISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

'PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA'

MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

'MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI
INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA'

MATLAMAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1. Melahirkan Bangsa Malaysia Yang Taat Setia Dan Bersatu Padu.
2. Melahirkan Insan Yang Beriman Dan Berakhlak Mulia, Berilmu, Berketerampilan Dan Sejahtera.
3. Menyediakan Sumber Tenaga Manusia Untuk Keperluan Dan Kemajuan Negara.
4. Memberi Peluang-Peluang Pendidikan Kepada Semua Warganegara Malaysia.

FALSAFAH SMKA

Usaha yang terancang,terkawal dan berterusan berasaskan panduan ilmu, iman dan amal soleh serta Budaya Islam dan suasana pembelajaran yang sempurna ke arah melahirkan pelajar yang berilmu Pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertakwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup Islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanfaat kepada Agama, Diri, Ummah dan Negara.

FALSAFAH SMKA SEGAMAT

Setiap insan dilahirkan suci, bersih. Sesungguhnya tarbiyah berperanan dalam membentuk insan-insan yang bertakwa, dengan sekolah sebagai tempat di dalam melahirkan wargenegara yang baik dari segi akademik, sosial, rohani, jasmani dan akhlak.

OBJEKTIF SMKA SEGAMAT

1. Mencapai kecemerlangan kukikulum dan kokurikulum
2. Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia.
3. Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani.
4. Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam
5. Menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
6. Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan negara dan Ummah.

MATLAMAT SMKA SEGAMAT

1. Mendidik pelajar-pelajar supaya menjadi orang-orang beriman, bertakwa dan beramal dengan ajaran Islam yang Khamil.
2. Menyediakan pelajar-pelajar dengan pendidikan yang dapat menbantu mereka untuk mencapai tujuan hidup bahagia di dunia dan akhirat.
3. Menyediakan pelajar-pelajar bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran dalam berbagai bidang ilmu di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negeri.
4. Menyediakan pelajar-pelajar dengan pendidikan untuk membolehkan mereka berperanan dalam masyarakat sesuai dengan bidang-bidang yang berkaitan dengan Islam.

DASAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SEGAMAT

1. Mematuhi dan melaksanakan perintah dan dasar-dasar kerajaan.
2. Menjalan dan menyempurnakan perintah dan arahan kerajaan dalam usaha perlaksanaan Dasar, Pendidikan Negara.
3. Melaksanakan dasar dan arahan Kementerian, Jabatan dan Pejabat Pelajaran Daerah dengan cekap, sempurna dan kemaskini.
4. Budaya Islam dan cara hidup Islam adalah budaya sekolah.
5. Pergaulan dan pertemuan bebas antara murid lelaki dan perempuan adalah dilarang.
6. Setiap gerak kerja kurikulum dan kokurikulum yang melibatkan murid lelaki dan perempuan hendaklah diadakan secara berasingan.
7. Sebarang kegiatan kurikulum dan kokurikulum hendaklah berlandaskan prinsip-prinsip ajaran Islam dan tidak berlawanan dengan syariah dan akidah Islam.
8. Penerapan semua kegiatan, usaha, ikhtiar, perbuatan, tingkah laku manusia adalah ibadah.
9. Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid untuk menimba dan mengembangkan bakat secara terancang.
10. Mempastikan kebajikan dan hak murid untuk belajar sentiasa terpelihara.
11. Mewujudkan iklim sekolah yang sempurna dan kondusif untuk proses pendidikan.
12. Melaksanakan sistem dan pengurusan yang terancang,cekap serta produktif untuk memberikan pulangan yang optimum.
13. Memberi peluang kepada guru / kakitangan untuk memperkembangkan ilmu,mengasuh bakat,menimba pengalaman dan bertugas secara profesional.
14. Menjalin hubungan erat dengan agensi kerajaan, institusi pendidikan dan masyarakat sekitaran.
15. Mempastikan SMKA menjadi institusi yang dapat memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan setempat.

Kami, warga SMKA Segamat akan mengamalkan perkhidmatan cemerlang dan mesra kepada pelanggan kami dengan cara:

1. Melaksanakan Dasar-Dasar Kerajaan Dengan Penuh Tanggungjawab Mengikut SPI.
2. Melaksanakan Pentadbiran Yang Mesra, Komunikasi Dua Hala, Bijaksana Dan Efektif.
3. Memberikan Layanan Yang Adil Kepada Semua Murid Tanpa Perbezaan Status.
4. Memberikan Pendidikan Yang Berkualiti Mengikut Piawai KPM.
5. Sentiasa Mengutamakan Keselamatan, Kesihatan Dan Kebajikan Murid.
6. Menyediakan Laporan Penilaian Kurikulum Peperiksaan Mengikut Masa Yang Ditetapkan.
7. Merancang Aktiviti Secara Proaktif Dan Kolektif.